syurga ku

syurga ku
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 19, 2011

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata


Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR . Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .... 
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN . Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR . Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH . Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..

Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.


Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.


Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya...

ibu & kita

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

*Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir.

Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu. Ibu... 
Sesungguhnya dikaulah INSAN paling SUCI didunia ini bagiku.. Al-Fatihah kepada ibu-ibu yang telah meninggal dunia..
 
 

Friday, November 18, 2011

katil free

ni katil mereka berdua..kongsi satu bilik tp katil len2 tapi haramm mereka mau tido sini..xde makne.celah ketiak makpak jgak mereka nyorok mlm2..xtvt kami selalu potong stim !!!!

impian aku mau beli bdak2 ni katil yg bedesign2 skit..cam gambar2 kat bawah nih....

mula berangan.... 



*

*
*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


 perhggg....

 sweet...cam pondok2

 uhhhhhh.....

 utk bdak jantan..sesuaii

 xberapa minat

 taste remaja je camni..

 ni taste bdak dh bersunat..hahhaha

 xminat !

ni minat !

 design kat  atas tu belaka2 aku minat..konon2 nak praktik kan kat bilik budak2 nih..

 si sulung

ngan si bongsu

tapi mcm tekemut2 je lagi nak kumpul se se..katil + lemari buku + study + lemari baju + meja sisi haicehh + tmpat sidai angan2 tp haremmm...nak tunggu mama kasik katil double decker yg dia ckp dulu nak bg ngan along, xnmpak byang pun..tp anak emas dia dh siap pos ke melakau...haihhhh.....dia jgak yg best..nasib lah last2 ada jiran mau pindah umh jual katil 1/2 price.berat giler..xpe lah sbb msih comey, aku pun bedal je tp yg membayau mama..kahkahkahkahhhh......siap tilam single 3 bijik !!

 tgok..?? maha kapo jgn ckp..tuh kain pelekat si bapak duk tersidai kat besi katil..belum tgok atas katil lagi..sependar smlm pun duk ats tuh..!

Masa ni katil kitaorg seperate kiri kanan.tgah2 kasik depa men adik bradik.xkasik sejuk ponggong, aku letak tikar buluh tgah2..tikar ni mula aku ltak dlm blik tido aku tp sbb semut suka sgt bermaharajalela kat tikar buluh tu, so aku decide jemur 2 minggu kasik garing then aku gulung ltak bwh katil..pastu en aya suh bentang tgah2 ni.ada jgak pekdah.ok fine.

Pastu dh beberapa ae dh, aku ajak en aya tukar posisi katil.memandangkan adik bardik ni suka manjat tangga.apa kata kita camtumkan katil atas bwh bg dorang imaginasi sesama dorang konon2 nek tangga bus..
Dan perkara wajib harus lah loncat mcm monkey sorang2 sbb makpak mereka mencorakkan peluang mereka panjat tangga dgn sempurna !! kluang klang klung klang....nampak je aku ni kuruih tp bila angakt katil ngan en aya..hoi jgn men2..terra. dan hasil nye...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




xpyh aku nak kata..tgok sapa yg xcited..betulkan.si sulung ter over..imaginasi dia tgah bwk bus, tgah bwk lori bomba, tgah pnjat kren, dan mcm2 peel lagik.. tuh nmpak brg2 khazanah mereka ats katil? mcm biasa bila xde stor maka ke sini la tempatnye..&  si kecik aku pulakkejenye? ha ni dia...




(AKAN DI OPLOAD NANTI)



 Sekian






Sunday, November 13, 2011

jgn pndang enteng

Halamakkkk..Ae ni dh Ahad,.sok dah keje.. xpuas lg  rasa duk rehat2 kat umh..xsuka...................!!!!!!! rezeki nak dpt keje lain mcm kabur2 lagik..masyaallah mengeluh sendirik !

Ae ni aku xg mane2 pun tp kul 5 kang cam nak ikut en Aya lepak Jungle insyallah if jadik planning dia nak tgok bola live Mesia vs Kemboja..aku pun nak ikut jgak bwk bdak2 skali .lemas weh duk perap kat umh je..mesti nak kuar jgak..skrg bagi can dorang sume pam minyak dulu..


snmpak kan si debaq aku tuh paling penattttt giler !! pg tadik kul 430am dh kene berjaga di taman Gelora kawal perhimpunan LYNAS..haihhhhhh ntah pape..kot takut la ada rusuhan ke apa..padahal.....jam 1115 smpai umh bwk suratkabar.cisss aku ingatkan bwk nasi minyak ke apa ke..dia lepas perut dia dulu.kami2 ni togok fresh oren je..'

Aeni aku masak sepesel kat mereka2 kat atas tuh..sup gear box + gulai tumis + ikan goreng + budu + PETAI IS rakan baik aku.. tp nasib la sup aku menjadik.lain aku suh beli lain yg dia beli.maklumlah org jantang ni mmg liat la nak suh bukak mulut tanya kat tokey kedai apa brg yg xtau..haihh supe ngan si jantang aku ni.."bang, p beli kan lengkuas,halia,perencap suh jap blh?..." diam2 dia g secara berjemaah ngan bdak kenit duaorg tuh...10minit lagik si ryan jerit.."bu, ni brg dia, ni eskrem adik ngan bb"...ok maseh...cek apa brg yg kem tadik..

perencah sup -> tepat

 
halia -> tepat
lengkuas -> DEMam !!

aku dh kata mesti downn jgak.aku dh kata dah..x ayok aku mmg ada je lah silap...tp lantak..yg mkn tekak kami 4 branak..sedap xsedap pun xpa..tp akhirnya...

tulang hilang, kuah pun sust separuh...kihkihkihkih.....dlm duk ckp2 bini xreti masak, 
hah ko tgok sendirik...

xcukup tgan, pisau pun ok jgak..
sup gear2 ni mmg peberet dia..nasib la dpt percuma setiap thun..aku nak beli benda ni sume?
ohhhh tidak mungkin...

pisau xcukup dlm nak korek, ujung sudu pun also can..
dia ni sume belasah..aku xtau nak kata apa dah..
* abaikan suar laki aku dlm bilik tuh* tabiat kotor

yg sorang ni antu pedas..gulai tumis dia mkn.sup dia tolak ketepi..nampak tu beladong kuah + air rutbir dlm pinggan..rasanya? dirik sendirik je tau.

ho yg ni plak 1st time mkn sendirik..lantak p lh byk masuk dlm perut ke byk tumpah atas meje ke janji ko bedikari sendirik..dan bila aku dpt mkn dengan tenang, masih jgk xtenang bila tercekik tulang ikan..!!masyaallah abih ns aku gumpal, msih xnak turun jgak..lok je mungkin lama2 jatuh sendirik..mungkin2..

aku ni bila mood rajin dtg, masak mmg selere wpun buku duk tepi dapur..tp bila dh msak berjemaah ngan anak2, sorang men penyapu, sorang lgik duk begayut kat kaki aku, memang aku tinggal periuk kosong je atas dapur..payah !!

sekarang ni daging korban aku ada byk ni lagi untuk standby waktu2 sesak nanti..almaklum lah daging nak ada dlm freezer mmg payah..kahkahkahkahaaa.....

tulang tgal sebongkah tu, daging 3 buku lagi..dan2..



** tulang masih joget rancak dlm lubang tekak !!!**



goodday....mesia boleh !! tetiba



//

Tuesday, November 08, 2011

short break..

Planning yg dirancang awl oleh maktua aku utk naik s.alam ae sabtu 20 okt 2011..bukan g bercuti mkn angin, sopping pun tp motif utama kami attend KENDURI KAWIN sedara belah arwah suami dia sambil terus amik anak a.k.a adik en suami kat poli s/alam..mcm biasa mmg larik dr timing asal kami nak gerak lepas subuh dlm kul 7 pagi, atas sebab2 kecik je, last2 915 baru masuk cndwsih.tu pun stop jap tukar tayar bocor la...tuka viper la...mcm2..last nye jalm 10 baru betul2 blepas dr bandar Kuantan !! Stop kat R&R temerloh jap isi minyak ngan beli mknan alas perut kami pat branak lebih2 lagi ngan bdak kecik mmg meragam if lapa..apa lg bila si emak yg membeli, hehehhehe....capai tanpa kakulater ditangan ! tq umie sumbang duit poket..w/pun kami dh tolah separuh, tp niat dia nak kasik, kami terima..
(ni la bila niat pg tu terpesong !! apa yg dirancang sume bekecai ! tp at least smpai gak aku ke sana walau dlm keadaan mood marah..hehhehehe...)

Perjalanan kami dlm hujai renyai2 dr kuar bndar Kuantan - kL. Alhamdulillah segala nye selamat & ngam2 smpai jam 1215thari ..kami terus ke Banquet Hall UPM Serdang dimana majlis kawin berlangsung..mmg grand habis.maklum la makpak mempelai dato datin..uhhhhh.....melangkah jgak la dgn penuh protokol la sgt berseluar pnjang..giler lawak ! w/pun ada mata yg memandang bila kaki melangkah  masuk tp buat xendah suda.duk dlm kete dr pagi smpai ke mlm kai baju kurung segala? ngan pangku anak duaplohpat jam? hilang la seri nye bila duk terkuak sikit kang..tesentil habis bulu kaki.kang maktua xkenal mana se anak mane se menantu kang..ohhh tidak....

otw nak ke serdang, kami lalu jln seri kembangan..terus menggamit memori lama duk keje kat sini...giler rindu !! nek bus kul 630am tu.! ohhhh...LI nye pasal ..

SAPURA HOLDING

 (HTC phone...kamera time ni terlupa masukan dlm beg..)










Menu yg dihidang mmg sgt2 puas hati..selesai mkn, salam2 ngan sedara mara then trus kami ke s/alam..smpai sana pun jem jgak tp xde la teruk sbb kebetulan ada game bola akhir antara Terengganu vs N9..singah dulu kami smbyang di masjid s/alam yg baru 1st time aku jejak w/pun duk klang dh 3 thun !





selesai solat, dia take part tugas aku mandi kan sume bdak2 sblm pick up SIL kat apartment..bila dh smpai kat apartment, tgu pack brg selesai, bdak ni pun menjamu mata di pool.





Sume sttle, kitaorg terus  ke umah mak sedara belah en aya di Gombak (Jelatak) wangsa maju ntah apa nama specific btul2 pun xtau...sambil maktua jumpa adik beradik dulu sementara aku n family nak round nek LRt jap bwk si zarra konon2 xpenah nek lg (smbil nyelam minum air)...ehhhh tetiba smua nye nak g jgak skali..meriah jgak nek ramai2 w/pun ms limited sgt.jam kat tgan pun dh kul 620ptg. tp dh nama kaki jln, mmg xkira la..nak berangkat tinggalkan umh, kami dan bergambau sama2..





 

 



 kami nek dr Jelatek park kete kat Lrt station terus ke Masjid jamek.mula ingat nak ke KLCC, tp terpaksa batal sbb tertentu.. w/pun kejap tp spend time tu yg sweet sgtt...xleh nak dpt 2/3 kali pun kan.beli pun cuma apa yg terlintas je sbb motif bkn soping pun.ada la kain pasang 4 5 elai..yg lain benda remeh2.





selesai jln kamiorg blik ke stesen pemula jam 9lbih dah..g kat park then terus mula kan perjalanan blik ke kontan smula.singgah di petronas Gombak solat sume,mkn then gerak....

1130mlm smpai di maran, kitaorg dpt msg tahu anak buah otw dlm ambulan sakit lelah..time ni kritikal jgak la dlm 50/50..kami yg dh ala balik dh nak smpai xterkata apa cuma mampu berdoa dr jauh je..sampai kat umh pun dh jam 1210 t/mlm, en aya dpt pngilan mengatakan anak buah warded ICU.masyaallah berdetak kami bila bdak sebesar zarra ke icu.mmg bila dgr icu, apa yg kami fikir tahap kritikal..en aya pun dh maklum sok pagi terus ke sana Hospital Temerloh..aku menurut perintah..w/pun bkn darah daging sendiri tp ikatan ibu ngan anak mmg cepat terasa..aku dpt selami apa yg mereka tanggung..

Ahad 30 Okt kitaorg terus ke temerloh jam 1130am..sampai disana, mmg suasana xdpt nak bayang..tp syg sbb kami sume xdibenarkan masuk melawat hatta waktu melawat..mybe ward sana rules di ketat lagi..tp bagus jgak.ada kelebihan ada kelemahan..ralat la jgak dtg dr jauh tp xpe la.dpt berkongsi kesedihan ngan mak ayah dia pun dh cukup meringankan beban yg mereka tanggung kali ni.mmg cukup menguji ketabahan masing2...


masyaallah beban yg terpaksa dia tanggung sorang diri sgt2 meruntun jiwa yg melihat.apatah lagi ibu yg mengandungkan dia 9bln 10ae..jangkitan kuman di kedua-dua belah paru2 dah merebak + kahak yg pekat menjadikan saluran pernafasan jantung sgt lemah...time ni dia dlm ward icu..nauzubillah pedoman bagi mereka diluar..insyaallah ini sebahagian mensucian hidup..hanya doa dan linangan airmata yg xdapat dibendung kelihatan...danish admitted utk kali ke-3 dan inilah dugaan yg paling berat ....setabah2 hati mak ayah pun sikit sebanyak pasti terusik bila tgok dia dlm keaddan mcm ni..


 Berkat doa semua, danish dh mula tunjukan perubahan sikit demi sedikit.alhamdulillah..mak ayah dan keluarga terdekat dh mula mengukir senyuman w/pun tak sepenuhnya..namun tindakbalas danish tu yg menguatkan hati mereka yg resah.

perubahan selepas beberapa hari

dah mula nak senyum dan menggembirakan semua yg ada di sekeliling

Buat mak ayah danish, semoga pengujian ini menguatkan ketabahan mereka mengharungi dugaan hidup yg xsemua Dia pilih merasai nikmat yg telah Dia janjikan kelak.insyaallah..Ketabahan mereka betul2 membuahkan kecekalan jati diri yg kuat, benteng ukhwah menjadi teguh dlm mengharungi masalah bersama dan kasih syg bercambah utk dia yg satu..