syurga ku

syurga ku

Tuesday, March 25, 2014

MH370 ENDED IN THE SOUTHERN INDIAN OCEAN


Salam takziah dan al-fatihah untuk semua keluarga MH370 dan krew pesawat..


24 MAC 2014 Terungkai..

17 hari kita tidak pernah putus berdoa. Terus MENGHARAP & BERHARAP..

ITU PENGHARAPAN KITA SELURUH RAKYAT DI DUNIA

 

Semalam jam 10malam kita dikejutkan dengan press conference tergempar oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pencarian MH370 berpenghujung di Lautan Hindi. Ada yang xdapat menahan sebak dan tidak kurang jugak yang menitiskan airmata. Walaupun sesetengah tidak bersangkut paut dengan talian keluarga namun ikatan perasaan disimpul menjadi satu tali persaudaraan.

Apapun, dalam doa yang dipohon, kita letakkan segala harapan itu pada ketentuan-Nya. Keyakinan kita tetap terletak dalam genggaman-Nya

Kita hanya mampu berdoa...hanya mampu berusaha......
Namun semua itu terletak ditangan NYA...YANG MAHA ESA.

aL-fatihah