syurga ku

syurga ku
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 28, 2011

ALLAH ADALAH MAJIKAN TERTINGGI

Malam di ari Jumaat yg mulia adalah penghulu segala ari yg byk hikmah dan penuh keberkatan....Pd Jumaat ni jugak lah segala kerja membuat saya benar2 sakit hati dgn tugasan di pejabat..Namun saya akui mybe salah saya atau salah dia...Wallahuallam...Dia Maha Mengetahui...Jika ini berpunca dari saya maafkan saya tetapi ingatlah org diatas...anda tidak selalu berada diatas utk selamanya  Suatu hari anda akan merasa duduk di bawah jika EGO mengusai diri !!!

Selama empat tahun setengah saya berkhidmat, ari Jumaat ni la tanggal 28 Januari 2011 buat pertama kali nya saya menangis disebabkan hal yg sgt2 memeningkan saya & menensionkan kepala hotak saya..Bukan menangis kerana kegagalan tapi saya menangis kerana usaha saya utk buat yg terbaik masih belum TERBAIK 100% !!! sakit hati + geram + menyampah adalah resipi yg menjuruskan saya ke arah sesuatu yg negetif hingga kadang kala alpa kerana di situ lah sumber rezeki kuarge saya..

Saya xputus asa !! itu prinsip saya dlm sesuatu kerja yang saya buat.. sampai saya benar2 puas apa yg saya buat dpt diterima oleh empunya  diri tuh ! Memaafkan mungkin tidak secara menyeluruh...Beginilah asam garam bila menjadi kuli capuk & org bawahan...sekadar menerima kesalahan org lain bagi menutup semua sengketa dr berlarutan tanpa kesudahan..akhirnya DENDAM yg ada tanpa disedari..

Saya akan ingat "JADIKAN ALLAH SEBAGAI MAJIKAN TERTINGGI"  itulah yg sebaik2 nya..Niat adalah pemangkin semangat dimana saya diletakkan bekerja & disitulah punca rezeki saya utk berusaha.  Niat itulah yg menjadi titik mula bagaimana memikul tugas yg diamanahkan seperti dlm Surah Al-An'am ayat 162 dlm solat :-
 "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".

Ganjaran di dunia dan kemuliaan di akhirat itulah yang harus saya genggam sebagai matlamat dalam kerjaya secara amnya..Insyaallah segala yg terjadi ari ni saya akan jadikan sebagai pemangkin utk saya berusaha dgn lebih kuat & bersabar dgn karenah org atasan..

Wednesday, January 19, 2011

airmata wanita



  • Dia ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
  • Dia berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
  • Dia berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
  • Dia berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
  • Dia berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
  • Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
  • Dia berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, 

  • Dia berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. 

Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Tuesday, January 18, 2011

cuai..lalai....

Cerita ini hanya untuk renungan saya dan korge saya..Alhamdulillah setiap doa yang kita panjatkan xkiralah samaada ianya utk saya, anak2, suami, saudara mara,kwn2 hatta org sekeliling pun jika nawaitu ikhlas & tawadduk itu seiring pasti Allah makbulkan..Cuma hanya tunggu cepat kah atau lambat kah ianya menuntut kesabaran yang penuh dengan penantian..Alhamdulillah bila ianya dimakbulkan... namun jika sebaliknya teruskan berdoa pasti suatu hari Dia tunaikan.. Allah Maha Kaya..Maha Penyayang..Maha Agung..Maha Pengampun untuk umat serta alam...

Cerita semalam & kejadian semalam memang saya sgt2 impikan bila dah berkorge...Suami sebagai perisai saya & anak2....., juga sebagai pendinding saya & anak2.....sebagai pembmbing saya juga anak2......Lenturlah kami dibawah bimbingan sebagai ketua keluarga dengan amalan yang diredhai Allah dan jalan kami menuju ke titian syurga kelak..insyaallah...Pahala dlm menunaikan secara berjemaah xternilai harganya...


Payungi kami dibawah cahaya syurga...Amin ya rabbal alamin...

Monday, January 17, 2011

gostan..



 Sekarang waktu mneggostankan kembali memori yg dh beku tahap cipan bg mengingatkan kembali passwood FRIENDSTER...sungguh bengap kpala hotak saya !!! masyaallah...

Friday, January 14, 2011

muhasabah jap diri ni bila...


HATI WANITA TERLETAK PADA MULUTNYA

Secebis bicara pada ae Jumaat yang ceria 14 januari 2011 bersamaan 9 Safar 1432 Hijrah..
Celupar,cabul,cemburu,cincai,cerewet,comot,cuai & caci adalah lapan perkataan ini memang blh mbuatkan wanita menjadi gerun gelabah & geram. Tapi bagi kaum adam mereka hanya tersengih mampu. Ternyata ayat2 diatas bukan nya ayat2 cinta malah ini adalah 8 pandangan negatif yg melambangkan keperibadian Muslimah yang lemah akhlaknya...Saya xkata saya terlampau alim dan baik mybe saya jugak ada terselit dalam kategori diatas..Masyaallah nauzubillah...Nawaitu berubah itu adalah yang terbaik..Insyaallah..
Memang betul tidak guna berwajah cantik tapi peribadi comot, dan jika begitu biarlah wajah comot asalkan berperibadi mulia namun belum tentu yang comot itu mulia kan?..
Untuk kaum Adam juga hatta suami saya juga bayangkan jikalau perkara ini ada dalam diri wanita disisi anda...Aduhai...hendak ditegur serba salah, tetapi jika tidak ditegur kelak hati sendiri yg parah namun apabila di diamkan selagi itulah hati menjadi semakin parah..Buat En aya pengharapan si isteri sgt2 la tinggi jikalau saya seperti diatas anda tegurla saya, nasihati la saya juga pukuli saya andaikata saya salah kerana syurga saya terletak ditelapak kaki anda..

Berbalik pada hakikat sememmangnya wanita itu insan yang sgt mudah lupa & lalai.Ada juga masa2 tertentu mungkin juga kerana keadaan sekeliling yg mbuatkan wanita mpunyai salah satu drp ciri2 diatas tpi INGATLAH wanita yg solehah itu lbh baik drp 1000 org lelaki yg soleh..

Kaum Adam mempunyai ego mereka sendiri.mereka x suka dicabar terutama oleh wanita.Namun wanita jugak mempunyai ego..siapa yg blh mengawal ego, id & superego wanita? So JANGAN CABAR SUAMI..

CABUL tentunya nagkara mulut yg suka ckp lepas hingga xde perasaan malu. mmg payah nak mengawal diri sedangkan ada shj hal disekitar cepat shj mbuat wanita rasanak marah, melenting hingga bcakap celupar sedangkan itu bukanlah perangai wanita sejati ; yg didlm nya da iman yg dihatinya ada akhlak terpuji..

NAMUN INGATLAH PESAN ORG TUA UNTUK MEMBENTUK BIBIR YANG MENAWAN UCAPKAN KATA2 KEBAIKAN & UTK MENDAPATKAN TUBUH YG INDAH BERJALANLAH DGN SEGALA ILMU PENGETAHUAN.

Bayangkan pula seorang wanita cantik tetapi comot dgn penampilannya yg selekeh cth isteri kuar rumah berdandan dan nampak comel tp jika di rumah bkeadaan comot. Si suami pula dikelilingi wanita cantik di tempat kerja maka timbullah perasaan cemburu hingga wujud perasaan terkongkong. Kata pepatah UNTUK MENDAPATKAN MATA YG INDAH CARILAH KEBAIKAN PD SETIAP ORG YG ANDA JUMPAI..

Kaum Adam terpikat dgn sifat keibuan, lemah lembut, mengambil berat & penuh kasih syg. Wajah keibuan mampu mbuatkan lelaki rasa tentera ketika sedang stress, cemas, gelisah & senang hati ketika mahu bermanja. Bak kata ulama "HATI WANITA TERLETAK PADA MULUTNYA"

Kepada yg bergelar wanita dan juga pada diri saya juga yang taat akan suaminya selalulah berinagt...

Semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya & dia tidak lupa menjaga sembahyang serta puasanya..

Wednesday, January 12, 2011

sian dia...

Macam2 perasaan yg ada sejak dh bergelar ibu kepada 2 org permata hati....gembira, terharu,sedih, kasih yg tinggi menggunung sume tersimpul menjadi satu...mcm2 karenah mereka sume yg menjadi kenangan terindah dlm hidup ibu...Bila marah, hasutan syaitan cepat melingkari daya pemikiran dan membuatkan perbuatan tangan & kaki menari2...mujur en suami sentiasa mengingatkan ibu " bila rasa marah menerpa ucaplah astagfirullahhalazim...penat menghambat diri ucaplah subhanallah sentiasa....& tatapi lah kembali wajah permata hati kita kurniaan Ilahi yg tak ada tolak bandingnya...SUBHANALLAHHHH.... kerdil ibu disisi Nya..

Sentiasa ingat anak adalah anugerah Allah dan kita lh yg membajai mereka dgn benih2 kasih syg...sayangi mereka jagai mereka & gilaplah mereka...

Alhamdulillah zarra dh pun masuk 3 bulan ++... senin depan dah 4bulan...kejap je ms berlalu..ibu syg zarra sgt2...whatever yg ibu pikir the 1st thing is my son n daughter..love u so much !!! u all is my soul... ni baru 1st time Zarra flu..nk beralih bulan mybe..sian kat anak ibu..moga Zarra cepat sembuh ibu doakan..


Monday, January 10, 2011

UTK KECINTAAN KAMI RYAN & ZARRA



MALASNYE NAK MEMBUAT KARANGAN PENULISAN NIH...MMG MALAS BENOR NAK TAIP..
TAPI NI UTK PERMATA HATI KECINTAAN HATI KAMI KELAK SAYA GIGEHKAN JUGAK..
UNTUK RYAN & ZARRA PESAN KAMI JADI ANAK YG SOLEH & SOLEHAH..DENGAR KATA IBU N ABAH ESPECIALLY IBU KAMU NI YG BYK MENYUMBANGKAN SORE SETIAP HARI..JAGA ZARRA BAIK2 & BLAJAQ RAJIN2 SUPAYA KAMI BOLEH TUMPANG SENNAG KELAK..(hhehehhehee...)
KAMI SAYANG KAMU 2 ORG MELEBIHI SEGALANYA..!!!




shell vs petronas

















Utk Jan-Mac sila abaikan yer sbb dh selamat dikebumikan dlm tong sampah bila hakmilik bertukar tangan..Begini la rountine mrs aya sejak mula kami membuat perancangan harian kuar masuk duit utk perbelanjaan minyak setiap bulan dan apabila dikumpul ke bulan akhir inilah jumlah minyak yang kami spend utk satu tahun. Entry ni mengingatkan saya supaya berhemat dlm setiap perbelanjaan & menyediakan dr awl mula gaji duit minyak dan ditotally secara purata utk perbentangan bajet yg disidangi bersama en aya kelak..HARUS & WAJIb !!

Kendian tuptup en aya pun ckp kita amik minyak kat Petronas pulak tgok guana belanja kita pulak thun baru ni..emmm ok set-up buku baru at Petronas Station..

Ehh part ni bkn nak demand ke apa cuma just 4 our budgetting only..mesti berkira sbb umh dah jauh nun di cerok2 highway...

kita start dari skrg !!!






Saturday, January 01, 2011