syurga ku

syurga ku
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 25, 2011

Langkalang

Kali ni trip mereka PK2 Mpk ni ke langkalang lagi..Nama baru Langkawi bertukar ke langKalaNG oleh en aya sendirik selaku coordinator kpd anak dia si Ryan.."Adik..abah nak g langkalang nek feri"...begitulah ayat dia selagi x berlepas...

Trip mereka belepas 15nov - 19nov 2011 seramai 35org dlm 1 bus MPK sendiri..aku pack baju sua dalam bagai sumbat molek2 dlm beg galas, bekal kan 1 mineral sebotol, gula2 angin,pain killer kot2 perlu dan brg asas yg lain..anta dia ke HQ 15nov mlm jam 925mlm.bus blepas jam 10.00mlm.

...Berlepas....dekat..dekat..jauh..jauh...jauh...........terus ilang....4ae akula ayah aku lah emak..sume aku wat sendirik tp xde sgt terdesak mane pun..dh biasa..kuar pg jam 8, pulang jam 10.00mlm kang..hbis keje lepak umh mama dulu.carik mknan,men2,rehat2 then bru blik ke PB.kain baju nak mencecah suis freezer pun aku wat xreti..sok pun rutin yg sama jgak..mlas nak tido umh mama sbb kekangan tido kami nauzubillah....kami je yg tahu..

cable car langkawi

padang besar perlis

poses pengecutan dalam tasik dayang bunting

otw balik di jeti kuala kuah


( pict len, di fesbuk tuan punya diri.malas nak upload)


Ok tiba ae sabtu paling suka..pg nanti dh jemput sang suami kat Hq..rindu xtekata kat ole2 dia beli..dorang sume smpai Hq jam 330am. jam 2am aku dh set alarm tp terbabaz ke jam 3am.budak2 sume bangun sbb nak jumpa bapak mereka tp biasalah mood pagi + ngantuk bagai, mereka duk melepek dlm kete je.aku konvoi 3 kereta.jiran deret belaka sang suami keje sama en aya, so dh decide kuar sama2 tp len2 kete..

Sekali ingatkan blh smpai sblm dorang tp sbb ada r/block kat hway Bypass, jadik lmbat prgrm...mber kene tahan flat xlulus..pulak dgn mat2 rempit duk sidai tepi jln tgok sekor2 wat aksi mcm monyet lg la jem.

Bila dah sampai hq mereka dh ada..bila dh nmpak muka si bapak apalagi suka kemain galok sorang2..mak jugak diam tekemut2 tahan rindu..salam betemu semula then "Selamat Hari Jadi semoga panjang umur, dpt keberkatan hidup dan keluarga kita bahagia"...comolot lagik..

kitaorg terus blik umh sbb time tuh dh jam 4am..dh gaya cam pagi pulak masing2 mata cerah duk tgok ole2 masing2..xpenah si bapak berenggang lama..paling lama pun dlm 1/2 ae je..lepas dah puas kelebek rete masing2, ni yg sume org dpt..kali ni aku xkem set pinggan mangkuk sume tu sbb mcm xhingin sgt la.bln nam aetu pun beli ada pun xluak pakai.baru 2 x rasmi tu pun masa time celebrate ulangtahun kawin aku ngan wat mkn2 raya kat korge jer..


 ha ni utk anak sulung..beg skolah angry bird ngan menan dia mmg WajiB kene beli !!

ni tuk bb zarra.

 
terus kene buli

ni tuk si bini..hehhe..aku kem penyepit mee je..
tp pandai pulak laki tahu minat aku kumpul magnet freezer..
 tqsm

ni pulak ole2 yg wajib bila g Langkalang.pakat sume borong coklat.Daim paling wajib!
Bila mkn terasa ada chemistry Langkawi..hehehehe
coklat je budget dah cecah 160.00..
paroh

 ni pun benda wajib jgak.minyak gamat pesanan maktua aku.
balm aku cilok 2 botol wat simpanan


Ok tamat trip langkalang...pagi ahad aku kuar umh otw ke Jb attend kawin adik angkat.bkn dia yg kawin pun tp adik laki dia.majlis nyambut menantu.mesti kene g sbb kami rapat.kebetulan dah smpai sana, seisi jejak kasih ngan mber2 study dulu.Typut, jaja, norly..mmg borak sakan sbb lama xjumpa.last pun time hbis study dulu tahun 2007.

Arine, norly, aku, typut azkiya
rayyan n imad

ni kitaorg dah nak balik Ktn..bergambau ngan anak tuan umh merangkap adik hangkat kitaorg.

 
ni otw balik, dan lagi aku bergambau dgn hasil kerja pekerja opis aku..mmg terbaekk hasil kerja mereka.selama ni aku xpenah turun site tgok tp bila dh kebetulan aku lalu jln ni, giler bangga sgt !! bukan senang nak siapkan pedestrian crrossing mcm ni.mau betul2 pakar yg dah biasa buat je..

ok aku sampai Ktn jam 5 lebih..terus ke umh maktua anta ole2 langkawi..langkah je kaki masuk umh mereka nyanyi ramai2..:Allah Selamatkan kamu...Allah selamatkan Kamu...Allah Selamatkan Angah Kita...Allah Selamatkan kamu....." alhamdulillah...tuan punya badan senyum tergamam..


Sunday, November 20, 2011

2011 2011


~~ Happy besday abg aya ~~

Alhamdulillah genap dh dia 31tahun..aku masih 29 thun.2 tahun muda dari dia..xpe xkisah la brape pun usia..  apa ada pada angka? Yang penting Allah masih panjangkan umur kita utk hidup dimuka bumi Dia ni.xpyah nak risau2 yg whatever pun kita sume akan tua..kan..ada umur keblakang? Nehi kan?? arghhh...

Masuk entry asal, en aya lahir dah nak dekat ujung2 tahun dah.Bulan November 20aebln bintang pulak scorpio..selalu what events yg penting kitaorg akan ingat. depend la nak rai on that date ke x...bese rai la sekadar yg mungkin..bkn nye selalu nak dapat ingat kenangan manis tu..

Ok tahun ni aku dah plan dlm otak dari awl lagi nak kasik adiah kat dia.tp masih rahsia.plan ni pun bln 7 aku simpan nak beli apa kat dia.something yg dia blh ingat selalu dan berguna utk dia..Cam biasa lah tunggu punya tunggu...bln 11 pun tiba..

Lagipun planning ni menguatkan lagi aku supaya beli jgak whatever pun sbb aku baru dapat adiah enpon dr dia.xkan pualk xbalas jasa kan? hehhehehhe..Harus !!!! Masuk bln 11 aetu, kitaorg tgah mkn kat gerai shamil (adik ipau), aku pun ckp kat dia. "lepas ni kita g beli jam tangan abg yer"...wahhhh terus xde clue2 dah aku ckp..straight to the point terus aku bagi...pulak tu otak aku alih kelain pulak." tp if abg xmau jam, tmbahla duit separuh beli enpon ke..mau?" dia ckp " ehhh xpyah la enpon ni pun canggih jgak boleh  say hello apa"...OMG...aku bg clue baik punya dia tolak mentah2...ok fine aku ikut....dia tnya aku pulak.." bakpe pulak nak beli jam nyer? " pulak dahhh.....aku ckp beli je lah dah nak blanje adiah besday...jgn byk soal blh x..tp limit tetap ada.carik bwh 6rtus AJER !! lebih2 tambah sendiri ok..dia pun senyum tanda nak..hahhahaha...

selesai mkn roti canai, aku pun gerak ke megamall..tuju kedai yg jual jam sahaja..aku mula ajak ke ECM dia xnak.ok fine.aku iut kan..so bila masuk je kat dlm, aku bg kebebasan dia 100% pilih jam mane yg dia suka minat tp syarat yg aku tetapkan mesti ingat..!

Bila dah masuk, terus dia skodeng mane yg kenan. aku bonzer lok kan je sume..buatlah cam rumah sendirik..


poses memilih mane kenan

pembantu merangkap pengomen

ni pun sama

okeh..dh mula atur langkah

dan dia ni masih xbeganjak lagi dr tadi..
ni koleksi jam TH.ada bkenan tp 999.00..
sila beralih arah ke len ye en.

ok fine..ke sini pulak..

bila dh dpt yg kenan, kita setting dulu
 
 ni budak dah xsedau kan dirik

ini pun sama
dia ni masih menunggu dgn tertib..

jam free, sanggup la nunggu. dan hampir nak siap

ni s/girl tgah prepare resit sambil purse aku molek paking kat tgan dia kan..

 
ok settle..smbil acukan ditangan comey ke xcomey..

ni kdai menjahanamkan gigi. siot mahal !

taraaaaa.....
 kaler krum pilihan aku..
mula ada 3 choice kaler.Silver, gold,krum.

ni lah Hadiah besday ke 31 thun daripada kami ber-3
ibu adik n bb

Bila dah siap membeli, tgok jam masih 830mlm, aku pun nak setting semula hp baru aku tu so aku ajak dia g ktn parede jap.time ni ajak je kemane, confom dia nak !!! bila dah smpai aku dah siap seting enpon, tgah dok jln2 pusing aku beli kat budak ni

baju angry bird yg tgah hangat org dok men kat dia selai.utk si zarra xde size.material kain pun ok hrga pun xmhal sgt dlm 11.90 je..ok ibu beli utk kamu anak.

 
sambil tunggu bapak p bayar duit kereta, dia pun bergaya ala2 terpaksa

aku dh beli dr awl bln dah adiah dia..nak tunggu 20ae bln lmbat sgt.aku kan jenis selok..nak sesuatu mmg terus ada kat depan mata..tu mmg habit buruk aku..so kira dah basi dh lah jam ni..xpe niat asal aku dh sampai.
Bila 20 nov jatuh ae ahad baru ni, aku wish pun ms tgah mamai2 lagi..angkat kepala sikit "SELAMAT HARI JADI....comolot sekali smbil tutup idong. meh sambung peluk semula....KAHKAHKAHkahkahakhhhhhhh....

 sambung next episod...


Saturday, November 19, 2011

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata


Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR . Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .... 
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN . Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR . Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH . Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..

Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
Orang yang terlalu kuat..kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.


Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.


Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya...

ibu & kita

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit; Tak Nak! Tak Nak!

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita kemana sahaja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan menyatakan pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut membayar wang asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk suratpun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindu pelukan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

*Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira bila kita diterima masuk IPTA.Kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah bayar yuran pengajian, hantar ke kampus dan heret beg ke asrama. Kita ucap selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu tanya kita ada teman istimewa, kita kata, “itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, “saya tak mahu jadi seperti ibu.”

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita, kita kata, pilihan ibu tak cantik, tak berkenan di hati kita.

Menjelang usia 24, ibu bertemu bakal menantu dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, “ibu, tolonglah...!”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita megah berkata, itu dulu sekarang zaman moden.

Ketika berusia 40 tahun, ibu mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung, kita kata sibuk, tak ada masa nak datang.

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan minta kita menjaganya, kita bercerita tentang kesibukan dan kisah ibu bapa yang menjadi beban.

Dan kemudian, kita mendapat berita kematian ibu. Khabar itu bagai petir.

Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu. Ibu... 
Sesungguhnya dikaulah INSAN paling SUCI didunia ini bagiku.. Al-Fatihah kepada ibu-ibu yang telah meninggal dunia..
 
 

Friday, November 18, 2011

katil free

ni katil mereka berdua..kongsi satu bilik tp katil len2 tapi haramm mereka mau tido sini..xde makne.celah ketiak makpak jgak mereka nyorok mlm2..xtvt kami selalu potong stim !!!!

impian aku mau beli bdak2 ni katil yg bedesign2 skit..cam gambar2 kat bawah nih....

mula berangan.... 



*

*
*

*

*


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


 perhggg....

 sweet...cam pondok2

 uhhhhhh.....

 utk bdak jantan..sesuaii

 xberapa minat

 taste remaja je camni..

 ni taste bdak dh bersunat..hahhaha

 xminat !

ni minat !

 design kat  atas tu belaka2 aku minat..konon2 nak praktik kan kat bilik budak2 nih..

 si sulung

ngan si bongsu

tapi mcm tekemut2 je lagi nak kumpul se se..katil + lemari buku + study + lemari baju + meja sisi haicehh + tmpat sidai angan2 tp haremmm...nak tunggu mama kasik katil double decker yg dia ckp dulu nak bg ngan along, xnmpak byang pun..tp anak emas dia dh siap pos ke melakau...haihhhh.....dia jgak yg best..nasib lah last2 ada jiran mau pindah umh jual katil 1/2 price.berat giler..xpe lah sbb msih comey, aku pun bedal je tp yg membayau mama..kahkahkahkahhhh......siap tilam single 3 bijik !!

 tgok..?? maha kapo jgn ckp..tuh kain pelekat si bapak duk tersidai kat besi katil..belum tgok atas katil lagi..sependar smlm pun duk ats tuh..!

Masa ni katil kitaorg seperate kiri kanan.tgah2 kasik depa men adik bradik.xkasik sejuk ponggong, aku letak tikar buluh tgah2..tikar ni mula aku ltak dlm blik tido aku tp sbb semut suka sgt bermaharajalela kat tikar buluh tu, so aku decide jemur 2 minggu kasik garing then aku gulung ltak bwh katil..pastu en aya suh bentang tgah2 ni.ada jgak pekdah.ok fine.

Pastu dh beberapa ae dh, aku ajak en aya tukar posisi katil.memandangkan adik bardik ni suka manjat tangga.apa kata kita camtumkan katil atas bwh bg dorang imaginasi sesama dorang konon2 nek tangga bus..
Dan perkara wajib harus lah loncat mcm monkey sorang2 sbb makpak mereka mencorakkan peluang mereka panjat tangga dgn sempurna !! kluang klang klung klang....nampak je aku ni kuruih tp bila angakt katil ngan en aya..hoi jgn men2..terra. dan hasil nye...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




xpyh aku nak kata..tgok sapa yg xcited..betulkan.si sulung ter over..imaginasi dia tgah bwk bus, tgah bwk lori bomba, tgah pnjat kren, dan mcm2 peel lagik.. tuh nmpak brg2 khazanah mereka ats katil? mcm biasa bila xde stor maka ke sini la tempatnye..&  si kecik aku pulakkejenye? ha ni dia...




(AKAN DI OPLOAD NANTI)



 Sekian






Sunday, November 13, 2011

jgn pndang enteng

Halamakkkk..Ae ni dh Ahad,.sok dah keje.. xpuas lg  rasa duk rehat2 kat umh..xsuka...................!!!!!!! rezeki nak dpt keje lain mcm kabur2 lagik..masyaallah mengeluh sendirik !

Ae ni aku xg mane2 pun tp kul 5 kang cam nak ikut en Aya lepak Jungle insyallah if jadik planning dia nak tgok bola live Mesia vs Kemboja..aku pun nak ikut jgak bwk bdak2 skali .lemas weh duk perap kat umh je..mesti nak kuar jgak..skrg bagi can dorang sume pam minyak dulu..


snmpak kan si debaq aku tuh paling penattttt giler !! pg tadik kul 430am dh kene berjaga di taman Gelora kawal perhimpunan LYNAS..haihhhhhh ntah pape..kot takut la ada rusuhan ke apa..padahal.....jam 1115 smpai umh bwk suratkabar.cisss aku ingatkan bwk nasi minyak ke apa ke..dia lepas perut dia dulu.kami2 ni togok fresh oren je..'

Aeni aku masak sepesel kat mereka2 kat atas tuh..sup gear box + gulai tumis + ikan goreng + budu + PETAI IS rakan baik aku.. tp nasib la sup aku menjadik.lain aku suh beli lain yg dia beli.maklumlah org jantang ni mmg liat la nak suh bukak mulut tanya kat tokey kedai apa brg yg xtau..haihh supe ngan si jantang aku ni.."bang, p beli kan lengkuas,halia,perencap suh jap blh?..." diam2 dia g secara berjemaah ngan bdak kenit duaorg tuh...10minit lagik si ryan jerit.."bu, ni brg dia, ni eskrem adik ngan bb"...ok maseh...cek apa brg yg kem tadik..

perencah sup -> tepat

 
halia -> tepat
lengkuas -> DEMam !!

aku dh kata mesti downn jgak.aku dh kata dah..x ayok aku mmg ada je lah silap...tp lantak..yg mkn tekak kami 4 branak..sedap xsedap pun xpa..tp akhirnya...

tulang hilang, kuah pun sust separuh...kihkihkihkih.....dlm duk ckp2 bini xreti masak, 
hah ko tgok sendirik...

xcukup tgan, pisau pun ok jgak..
sup gear2 ni mmg peberet dia..nasib la dpt percuma setiap thun..aku nak beli benda ni sume?
ohhhh tidak mungkin...

pisau xcukup dlm nak korek, ujung sudu pun also can..
dia ni sume belasah..aku xtau nak kata apa dah..
* abaikan suar laki aku dlm bilik tuh* tabiat kotor

yg sorang ni antu pedas..gulai tumis dia mkn.sup dia tolak ketepi..nampak tu beladong kuah + air rutbir dlm pinggan..rasanya? dirik sendirik je tau.

ho yg ni plak 1st time mkn sendirik..lantak p lh byk masuk dlm perut ke byk tumpah atas meje ke janji ko bedikari sendirik..dan bila aku dpt mkn dengan tenang, masih jgk xtenang bila tercekik tulang ikan..!!masyaallah abih ns aku gumpal, msih xnak turun jgak..lok je mungkin lama2 jatuh sendirik..mungkin2..

aku ni bila mood rajin dtg, masak mmg selere wpun buku duk tepi dapur..tp bila dh msak berjemaah ngan anak2, sorang men penyapu, sorang lgik duk begayut kat kaki aku, memang aku tinggal periuk kosong je atas dapur..payah !!

sekarang ni daging korban aku ada byk ni lagi untuk standby waktu2 sesak nanti..almaklum lah daging nak ada dlm freezer mmg payah..kahkahkahkahaaa.....

tulang tgal sebongkah tu, daging 3 buku lagi..dan2..



** tulang masih joget rancak dlm lubang tekak !!!**



goodday....mesia boleh !! tetiba



//