syurga ku

syurga ku

Friday, August 28, 2009

Apasal la aku malas sembahyang....

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi aku jasad siap dgn bayang2
Bukankah lebih beruntung drp tiang
Berdiri tanpa roh siang & mlm

Apasal la aku malas sembahyang
Kehidupan dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dh aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lah 5 minit 5 waktu tak blh luang

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku x bangang
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku x kenang

Apasal lah aku malas sembahyang
Pergi merewang sanggup sampai ptg
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apala aku ingat masuk Syurga boleh hutang?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dlm kubur kena balun sorang2

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la bayang
Perjalanan akhirat mmg terlalu panjang
Janji Allah akan tertunai x siapa boleh halang


*Buat renungan saya & keluarga sy...Anda pun jua...

No comments:

Post a Comment