syurga ku

syurga ku
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 18, 2011

Mata Melihat Hati Merasa Jiwa Mencipta

Petang kelmarin 16 Mei saya telah dikejutkan apabila tebaca di Wall facebook NADIA ZEX berita tentang perginya baby ariisa kerahmatullah..Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Ra'jiun..Terus msg mber kenalan yang ada namun tidak dibalas..Xsangka baby Arissa pergi dulu kerana seminggu saya ada berfacebook dng ibu Arissa berkenaan dgn ubat angin "VICKS" UTK anak2..Masyaallah....Al-Fatihah buat arwah.

Alhamdulillah Tuhan makbulkan niat saya smlm nak bersua dgn insan yang begitu tabah dan cekal hati nuraninya apabila baru saja kehilangan anak tersayang tanggal 14 Mei 2011 baru2 ni. Walaupun xsempat nak melawat arwah Arissa namun niat nak berjumpa ibunya tercapai jua..Amin....

Pertemuan secara kebetulan pagi tadi di klinik ibu & anak Jalan Gambut menyentap hati saya tatkala saya sedang berada di bilik pemeriksaan..Dia menyapa saya dari arah tepi yang ingin memaklumkan kepada jururawat bertugas berkenaan berita kematian anak bongsu nye..Hati saya tersentap dan sayu melihat airmuka seorang ibu yang baru kehilangan anak tersayang yang begitu tabah walaupun hati masih tidak keruan. Hati ibu mane yg sanggup menerima ujian berat sebegini rupa setelah 9 bulan 10 hari mengandungkan melahirkan membesarkan dengan  kudrat yang ada melihat anak sihat didepan mata..Nauzubillah !! Kuasa Tuhan tidak sapa yang mampu melawan..

Selesai saya mendapatkan rawatan anak saya si Zarra tadi, Nadia (ibu arwah baby Arissa) masih lagi didalam bersama jururawat di bilik 4..Saya cekalkan hati mahu bersua muka berkongsi suka duka bersama dia kenalan saya disekolah dulu walaupun mana caranya saya tetap sabar menunggu Nadia diluar klinik..Nadia menyapa saya dengan soalan yang biasa saje lalu saya tarik dia keluar dan.......pelukan saya sebagai seorang kawan untuk dia membuatkan hati saya benar2 tersentuh dgn esak tangis walaupun dia sebagai ibu kpd arwah tidak ada setitis pun airmata yg mengalir ! Sepatah ayat pun xterkeluar dari mulut saya..YaAllah dugaan yang dia rasa benar2 meruntun hati saya. Arwah sebesar Zarra yang lahir bersama, dibulan yg sama ditahun yang sama telah dulu pergi menyahut seruan Ilahi..Seusia 8bulan Arwah NUR ARISSA QAIREENA  telah dulu pergi meninggalkan ibu bapa dan kakak tersayang dan menunggu mereka di pintu SYURGA..

3 perkara yang anak Adam tinggalkan apabila menyahut seruan Ilahi : anak soleh & solehah yang mendoakannya, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat.

Anak soleh & solehah yang mendoakan? Kalau mati dulu sebelum dapat anak? Kalau ada anak, tapi anak tak soleh? Bukan senang untuk mendidik anak sehingga menjadi soleh & solehah, tapi tidak mustahil, perlukan mujahadah dan sandaran kepada Allah.



Nadia bersama bb Arissa

Arwah tatkala lahir kedunia

Arwah baby Arissa 7/8 bulan

Walaupun kedua2 nampak sugul lagi namun mereka tetap tabah menjalani hidup..Nadia seorang ibu yang bersemangat kental..Jika berita kejadian ini berlaku pada diri saya, saya mungkin tidak setabah dia. Allah SWT telah memilih dia mengharungi ujian keimanan ini. Semoga arwah aman di alam sana dan buat kedua ibu & ayah arwah arissa, anda pasti berjumpa dia di PINTU SYURGA..Al-Fatihah.Amin..

Buat Nadia, semoga awak tabah dalam mengahrungi suka duka kehidupan selepas ini.. Jadikan kenangan itu sebagai pemangkin untuk awak dan suami membesarkan permata hati dengan sebaik mungkin. Terima ujian ini dengan hati yang terbuka dan basahilah arwah Baby Arissa dengan zikrilan doa2 & amalan al-quran untuk dia disana...

* HIDUP MATI AKAN PASTI MENJEMPUT KITA XKIRA TUA & MUDA. .LAMBAT DAN CEPAT MENJADI UKURAN..sIAPKAN LAH DIRI UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH..

2 comments:

  1. Terima kasih sahabatku sayang..doakan semangat dan kekuatan untukku...semoga aku akan sentiasa tabah mengharungi ujian dan dugaan Allah SWT...kenangan bersama-sama semasa Arwah Arissa masih hidup tidak akan dilupakan sampai bila2..Arwah Arissa anak yang teristimewa dalam hidup kami..sempurnanya Arwah dimata kami..kerana itulah juga Allah SWT tidak sabar2 ingin menjemputnya kembali ke Rahmatullah...aku meredhainya...Arwah Arissa telah tenang disana...setiap hari Roh Arwah hadir menghampiri aku untuk memberikan aku kekuatan dan semangat untuk hidup walau tanpanya disisi...Arwah juga teramat merindui aku...begitu juga aku...Terima kasih banyak sahabatku...atas penghargaan yang tak terhingga ini...Alhamdulillah...dan juga Al-Fatihah untuk Arwah...

    ReplyDelete
  2. seusia zarra arwah Arissa pergi buat selamanya.hati ibu mane xtersentap bila anak sebaya anak saya tiada lagi di dunia..pilu sayu hati ni.apa perasaan awak saya dpt rasakan..semoga awak tabah dan byk kan sedekah al-fatihah utk dia disana.Arwah Arissa menunggu di pintu Syurga...Al-fatihah..amin..

    ReplyDelete