syurga ku

syurga ku
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 22, 2010

Tahlil




21 Februari 2007 tarikh pemergian insan tersayang arwah mami...Kali ni sebulat suara telah dicapai & akhirnya dipersetujui oleh semua maka tanggal 20 Februari 2010 bertempat di rumah mama satu majlis tahlil telah pun dibuat bagi memperingati pemergian kesemua arwah2 yang dulu menyahut panggilan Ilahi..Al-fatihah untuk semua....

Tepat jam 5 petang selepas solat Asar, semua jemaah surau Al-Ikhwan yang dikepalai oleh Ustaz Ayub dengan di iringi hampir 30 jemaah telah hadir bagi majlis tahlil.Alhamdulillah ianya berlangsung dengan teratur..

Kepada semua yang membantu, saya sebagai wakil tuan rumah mengucapkan terima kasih dan semoga majlis tahlil pada kali ini dan seterusnya akan lebih diberkati oleh Yang Maha ESA..InsyaAllah


Antara menu hidangan :-

  • Mee Rebus
  • Mee Hoon
  • Keropok
  • Karipap & Temosa Aya
  • Pulut Kuning
  • Ayam Rendang
  • Dadih Jagung & Strawbery
  • Agar-agar
  • Buah limau
  • Air Oren + Teh O suam



Gamba ni sebelum g menolong umah mama, kami p kenduri di Kg Bugis Beserah

 

  

  



Suasana di majlis tahlil

 


 

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

Sekian untuk semua.

No comments:

Post a Comment