syurga ku

syurga ku
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 16, 2009

Kata Pujangga


   Perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan
   ributnya menggusarkan.
   Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang
   Adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan
   Adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut
   semahuannya.

   Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
   Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka
   Peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia
   menerusi Bursa Saham papan
   utama kasih isteri,
   turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.
   Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ?

   Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dan
   dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir...
   Permata yang dipilih perlu digilap semula.
   Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha.
   Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami
   Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati
   Bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput
   Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
   Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.

   Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan yang indah-indah
   pantulan seri rumah tangga kita.
   Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan
    pada kad hari lahir isteri atau kad
    ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau
    utuskan padanya...
   
   Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.
   Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
   Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
   Bersamalah kita harungi derita yang datang.
   Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
   Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.

   Biar kita rasa:
   Rupanya syurga itu sangat tinggi maharny
   Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa
   Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
   Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu....
   seorang isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang


 Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

No comments:

Post a Comment