syurga ku

syurga ku
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 03, 2012

islam itu indah

Panduan utk sy jua....
insyaallah moga-moga dijauhi hendaknya..
Amin...


Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: 

“Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?”
 Baginda menjawab: 
“Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”.

Kemudian aku bertanya lagi : 
“Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?
” Baginda menjawab:
” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

MasyaAllah..

Ciri-Ciri Isteri Derhaka



1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami 

“Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

2. Menyakiti hati suami

” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.”

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami 

“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.”

4. Keluar rumah tanpa izin suami 

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”

5. Meminta cerai daripada suami 

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.”

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”




2 comments:

  1. so..moral of story...jgan jadi isteri derhaka k...:-)...bersyukurla ada suami..hahahaha..tengok jue nie..xkawin2 ag..wakakakakaka..terbaekkkkkk..:-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...selagi bergelar isteri, pautan suami sentiasa mengiringi setiap langkah isteri...amin

      Delete